JASIN: Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan, kata Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.
Beliau berkata antara usaha yang akan dilakukan ialah menambah kemudahan kabel optik Point of Present (PoP) yang diwujudkan di lokasi berhampiran sekolah bagi memudahkan guru dan pelajar mendapakan akses internet yang lebih lancar untuk memudahkan proses pembelajaran.
"Bagi PoP ini, kita masih lagi menunggu Kementerian Pendidikan berbincang dengan syarikat telekomunikasi berkaitan untuk membina menara di dalam kawasan sekolah kerana selagi tidak selesai perjanjian atau isu yang mereka hadapi, selagi itulah PoP ini tidak boleh sampai ke pihak sekolah.
"Namun dalam masa yang sama, pihak sekolah boleh mengambil inisiatif sendiri dengan mendapatkan peruntukan daripada Ahli Parlimen di kawasan masing-masing atau mengadakan program sendiri bagi menambah baik perkhidmatan internet di sekolah mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan di Pekan Asahan di sini lewat malam tadi.
Beliau berkata pihak kerajaan negeri juga komited untuk menambah baik perkhidmatan berkenaan di sekolah dan menyasarkan semua masalah berkaitan capaian internet di sekolah terutama di kawasan luar bandar diselesaikan menjelang 2026.
Dalam pada itu, beliau berkata Persidangan Antarabangsa dan Expo Smart Melaka (SMIX) 2024 dijadualkan berlangsung pada Oktober nanti.
"Persediaan rapi sedang dilakukan termasuk pemilihan lokasi penganjuran dan perbincangan awal telah dilakukan.
"Seperti tahun lepas, saya mengalu-alukan semua agensi, syarikat utama dalam industri digital berkaitan turut serta dalam SMIX 2024, malah menjadi rakan strategik pada penganjuran kali ini yang akan diuruskan oleh Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Kerajaan negeri juga komited untuk menambah baik perkhidmatan berkenaan di sekolah dan menyasarkan semua masalah berkaitan capaian internet di sekolah terutama di kawasan luar bandar diselesaikan menjelang 2026. - Gambar hiasan
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
Remaja menangis didakwa rogol anak saudara tiri
Seorang remaja menangis di kandang tertuduh selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan merogol anak saudara tiri, Februari lalu.
Bekas pelumba Forca Amskins juara edisi ketiga L'Etape Malaysia
Bekas pelumba basikal Forca Amskins Racing Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 hari ini.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Lokasi projek tanam benih padi ditukar kerana tidak sesuai - Dr Akmal
Lokasi sawah Kampung Tengah Padang, Merlimau dipilih sebagai projek rintis Ladang Benih Padi Sah, yang dijangka mengeluarkan benih padi yang pertama Melaka, awal tahun depan.
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
Melaka cadang wujud bazar Aidilfitri berpusat mulai tahun depan
Jajaran baharu yang dicadang itu akan meliputi kawasan Jalan Jonker hingga Pahlawan Walk, menyediakan ruang niaga yang lebih besar.